TMS@2009

Weblog Sekolah Kluster Cemerlang

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS & PUSTAKAWAN

watikah

11 Feb 09 – Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas, Pustakawan dan Ketua Darjah telah dijalankan pada pukul 10.30 pagi di Dewan Terbuka. Penyerahan watikah ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Siti Rosnani Bt Shibab, Pengetua SMK Convent Batu Pahat. Untuk melihat rakaman peristawa yang telah berlaku, sila klik link di bawah ini.

11/02/2009 Posted by | Aktiviti, Umum | Leave a comment

KEJOHANAN OLAHRAGA KE-38

olahraga7 Feb 2009 – SK Tengku Mariam telah mengadakan Kejohonan Olahraga Ke-38 bertempat di padang sekolah bermula 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Kejohanan ini dimulakan dengan lintas hormat pasukan pembarisan rumah sukan dan unit beruniform diikuti dengan upacara perasmian oleh Guru Besar, Pn Ruhaini Kasbi. Acara yang dipertandingkan pada kejohanan ini ialah 100M, 200M, 4 X 100M dan tarik tali. Acara-acara lain telah dijalankan semasa Sukan Kecil sebelum ini. Upacara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh NYDP, PIBG Tuan Haji Mohamad Bin Said. Pada tahun ini , rumah Mawar telah muncul Johan Keseluruhan Kejohonan Olahraga, manakala rumah Orkid Naib Johan. Johan perbarisan bagi rumah sukan dimenangi oleh pasukan Orkid manakala bagi unit beruniform adalah Persatuan Puteri Islam Malaysia. Nur Tahrina Khairil pula telah dipilih sebagai Olahragawati pada tahun ini.

07/02/2009 Posted by | Aktiviti, Sukan | Leave a comment

KEPUTUSAN SUKAN KECIL

Berikut merupakan keputusan Sukan Kecil SK Tengku Mariam yang telah berlangsung pada 2 & 3 Feb 2009.

Pertama~ Rumah Teratai – 101 mata

Naib Johan ~ Rumah Mawar -100 mata

Ketiga ~ Rumah Dahlia- 83 mata

Keempat ~ Rumah Orkid – 82 mata

Tahniah diucapkan kepada pasukan rumah Teratai.  Pasukan rumah lain jangan putus asa, peluang untuk menjadi juara masih ada kerana banyak lagi acara akan dipertandingkan semasa Kejohanan Olahraga pada hari Sabtu ini. Selamat berjuang. Strive for Excellence.

05/02/2009 Posted by | Pengumuman, Sukan | Leave a comment

RAPTAI KEJOHANAN OLAHRAGA

tms1001

4 Feb 2009 – Raptai Kejohanan Olahraga telah dijalankan semasa aktiviti kokurikulum pada 7.30-8.30pagi manakala pada sebelah petang pada pukul 4.00-6.00 petang. Raptai ini dijalankan bagi membolehkan perjalanan semasa hari kejohanan olahraga berjalan lancar.

04/02/2009 Posted by | Aktiviti, Sukan | Leave a comment

SUKAN KECIL

sukan kecil2-3 Feb 2009 – Sukan Kecil 2009 telah diadakan di padang SK Tengku Mariam pada pukul 4.00 hingga 6.00 petang.  Beberapa acara telah dipertandingkan sebelum Kejohanan Olahraga pada 7 Feb 2009 kelak. Acara -acara yang telah dijalankan ialah lompat tinggi, lompat jauh, rejam lembing, lontar peluru, 4 X 200M dan tarik tali.

03/02/2009 Posted by | Aktiviti, Sukan | Leave a comment