TMS@2009

Weblog Sekolah Kluster Cemerlang

MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH 2/2009

mp2mp21

12 Jun 2009 :- Mesyuarat Pengurusan Sekolah 2/2009 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat. Agenda utama mesyuarat pada hari ini adalah taklimat oleh Guru Besar tentang Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Pertaksiran Berasaskan Sekolah.

12/06/2009 Posted by | Aktiviti, Umum | Leave a comment

PERKAMPUNGAN UPSR 2009

pupsr003pupsr002pupsr004pupsr005

10-11 Jun 2009 :- SK Tengku Mariam telah menjadi salah satu tempat untuk Perkampungan UPSR Daerah Batu Pahat untuk Calon Cemerlang bagi Zon Penggaram. Seramai 180 calon yang terdiri daripada murid SK Tengku Mariam, SK Limpoon 1, SK Limpoon 2, SK Temenggong Ibrahim Penggaram, SK Seri Banang dan SK Banang Jaya telah mengikuti perkampungan ini. Murid telah didedahkan tentang teknik menjawab soalan oleh guru-guru sekolah yang berlainan. Program ini secara tidak langsung, dapat menambah input dan pengalaman kepada murid serta dapat bertukar-tukar fikiran dengan murid sekolah lain.

11/06/2009 Posted by | Aktiviti, Umum | Leave a comment

MAJLIS PENGIKTIRAFAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Guru Besar Menerima Sijil Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Guru Besar Menerima Sijil Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

3 Jun 2009 :- SK Tengku Mariam telah menerima Sijil Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlang daripada Kementerian Pelajaran Malaysia semasa Majlis Pengiktirafan Sekolah KecemerlanganFasa 3 Tahun 2009 di Hotel Faderal, Kuala Lumpur. Dalam majlis tersebut Pn Ruhaini Bt Kasbi, Guru Besar SK Tengku Mariam telah menerima sijil pengiktirafan daripada Yang Berbahagia Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

10/06/2009 Posted by | Kejayaan, Pengumuman | Leave a comment

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

29-31 Mei 2009 :- Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Tengku Mariam 2009 telah berlangsung dengan jayanya di Kem Jubli Intan, Tanjong Laboh. Seramai 60 orang murid telah mengikuti program ini yang terdiri daripada TKRS, PBSM, PPIM dan Tunas Puteri.  Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ialah kawad kaki, ikatan, pertolongan cemas, gajet, ikhtiar hidup, flying fox dan kembar

Gerakkan seluruh badan... Kekenyangan selepas makan

Gerakkan seluruh badan... Kekenyangan selepas makan

Lagu apa yang mereka nyayikan tu

Lagu apa yang mereka nyayikan tu

Istiadat Pagi... Buat Laporan Kepada Penghulu

Istiadat Pagi... Buat Laporan Kepada Penghulu

Wajah Ketakutan..... Selamat Ker

Wajah Ketakutan..... Selamat Ker

31/05/2009 Posted by | Aktiviti, Umum | Leave a comment

KUNJUNGAN SI PINTAR KE TMS

Si Pintar Memberi Hadiah Kepada Murid

Si Pintar Memberi Hadiah Kepada Murid

29 Mei 2009 – Pada hari terakhir persekolahan bagi Semester 1 2009, SK Tengku Mariam telah dikunjungi oleh Si Pintar dan rombongannya untuk mengadakan kempen membaca majalah Kuntum. Dalam lawatan tersebut, murid-murid telah mendapat senaskah majalah kuntum dan diberi penerangan tentang kandungan majalah kumtum. Diharap murid-murid, melanggan majalah seperti Kuntum ini yang dapat menambahkan pengetahuan anda semua.

Krew Kuntum Sedang Memberi Penerangan

Krew Kuntum Sedang Memberi Penerangan

Pustakawan Bergambar Bersama Si Pintar

Pustakawan Bergambar Bersama Si Pintar

Pengawas Bergambar Bersama Kuntum

Pengawas Bergambar Bersama Si Pintar

30/05/2009 Posted by | Aktiviti, Lawatan, Umum | Leave a comment

PERAYAAN HARI GURU JPN JOHOR

Pengarah Menyampaikan Amanat

Pengarah Menyampaikan Amanat

21 Mei 2009 :- Sambutan Hari Guru JPN Johor telah diadakan di Dewan Seri Gemilang, SM Teknik Johor Bahru. Dalam Majlis tersebut Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Tuan Haji Sufa’at Bin Tumin telah menerangkan tentang kaitan ‘Satu Malaysia‘ dengan agenda pendidikan dan tindakan yang perlu dilakukan oleh pengurus organisasi disemua peringkat.

Guru Besar Menerima Sijil Penghargaan Dari Pengarah

Guru Besar Menerima Sijil Penghargaan Dari Pengarah

Dalam majlis tersebut SK Tengku Mariam telah menerima Sijil Penghargaan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor kerana telah diiktiraf Sekolah Kluster Cemerlang 2009 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. SK Tengku Mariam merupakan satu-satunya sekolah luar Johor Bahru yang meneria pengiktirafan tersebut. Tahniah diucapkan. Sekolah dinegeri Johor yang menerima pengiktirafan Sekolah Kluster Cemerlang 2009 ialah:

  1. SK Tengku Mariam, Batu Pahat
  2. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru
  3. SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru
  4. SMPK Vakasional Indahpura, Kulaijaya
  5. SMK IJ Convent, Johor Bahru
  6. SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru
  7. SMK Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
  8. SMT Perdagangan, Johor Bahru

21/05/2009 Posted by | Aktiviti, Kejayaan | Leave a comment

SAMBUTAN HARI GURU SK TENGKU MARIAM

18 Mei 2009 – Sambutan Hari Guru Peringkat SK Tengku Mariam telah diadakan dengan meriah sekali. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu rasmi, doa dan diikuti dengan bacaan teks ucapan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran. Dalam ucapan perasmian, Guru Besar berpesan supaya murid sentiasa menghargai jasa guru. Selepas itu guru-guru membuat persembahan istimewa kepada murid-murid. Berikut merupakan rakaman peristiwa sambutan hari guru.

Guru-Guru TMS 2009

Guru-Guru TMS 2009

Hadiah Buat Guru Idolaku.. Saipakah mereka?

Hadiah Buat Guru Idolaku.. Saipakah mereka?

GB Bertanya Tentang HAri Guru

GB Bertanya Tentang Hari Guru

Apa masej yang hendak disampaikan?

Apa masej yang hendak disampaikan?

Persembahan Guru English & Sains

Persembahan Guru English & Sains

Poco-Poco Guru BM & Math

Poco-Poco Guru BM & Math

Persembahan Guru Agama & j-QAF

Persembahan Guru Agama & j-QAF

Persembahan Guru Muzik & PSK

Persembahan Guru Muzik & PSK

Terima Kasih Kepada Penaja Jamuan

Terima Kasih Kepada Penaja Jamuan

18/05/2009 Posted by | Aktiviti, Umum | 1 Comment

TAHNIAH SH FATIHAH

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan

16 Mei 2009:- Sekalung tahniah kepada Sh Fatihah Bt Syed Salim yang telah mendapat tempat ke-3 dalam Peraduan Menulis  Cerita Kanak-Kanak Kategori Sekolah Rendah Sempena Hari Guru Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau telah menerima hadiah daripada Menteri Pelajaran Malaysia semasa Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Taman Tamadun Islam, Terengganu.

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri

Update: 23 Mei 2009 – Sh Fatihah Bt Syed Salim juga telah mendapat tempat ke-2 dalam Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak  Kategori Sekolah Rendah Sempena Hari Guru Peringkat Negeri di Pasir Gudang. Tahniah diucapkan.

Guru Yang Ku Kagumi

Wajahnya sentiasa serius dan tegas terutama ketika mengajar kami di dalam kelas. Ada waktu-waktunya beliau dapat diajak bergurau senda. Ketawanya memanjang. Kulitnya kuning langsat. Pakaiannya sentiasa kemas. Apabila marah, mukanya secepat kilat bertukar menjadi merah. Tidak ada seorang murid pun yang berani bersuara ketika itu. Namanya Puan Mazlah Binti Ismon, tokoh pendidik yang benar-benar kukagumi dan hormati.

Ketegasan Puan Mazlah memang sesuatu yang amat luar biasa buatku. Beliau langsung tidak dapat bertolak ansur dari segi disiplin dan pelajaran. Kedua-dua sifat ini amat menyenangkan hatiku.

Beliau berasal dari kampung. Sebab itulah sifat-sifat kekampungan beliau ketika mendidik murid amat meyenangkan hatiku. Dialah guru, tetapi sekaligus itu pula, dialah kawan. Sifat mudah didekati dan dirundingi sebagai kawan inilah yang menyebabkan aku sentiasa menemuinya ketika menghadapi satu-satu masalah.

Dorongan dan galakan yang diberikannya begitu hebat. Beliau tidak suka melihat anak-anak muridnya duduk diam tanpa buku. Hidup ini seolah-olah penuh dengan buku dan bacaan. Jangan membuang masa begitu sahaja, begitulah bunyi nasihat yang selalu diberikan.

Aku kagum tentang cara Puan Mazlah mengajar subjek Bahasa Melayu. Banyak kaedah ditunjukkannya. Sebab itulah akhirnya aku pandai dan mendapat markah tinggi dalam mata pelajaran ini. Murid yang tidak suka Bahasa Melayu juga boleh berubah menjadi suka kemudiannyn.

Puan Mazlah juga diberi jawatan sebagai guru disiplin sekolah. Beliau sangat mengambil berat tentang disiplin pelajar. Beliau banyak memberi bimbingan pelajar. Kelas tambahan diadakan pada setiap hari Isnin, khususnya matapelajaran Bahasa Melayu.

Wahai Puan Mazlah, engkaulah pendidik yang kukagumi. Kalau ada peluang untuk membuat pencalonan sebagai Tokoh Guru, sudah pasti engkaulah pilihan yang paling tepat buatku. Jasa dan pengorbananmu mendidik aku sehingga pintar membuat dirimu akan kukenang sampai bila-bila.

16/05/2009 Posted by | Aktiviti, Kejayaan | Leave a comment

JADUAL PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN

19  Mei 09 (Selasa)
7.40-8.30 ~ Bahasa Melayu (Pemahaman)
8.45-10.00 ~ Bahasa Melayu (Penulisan)

10.40-11.20 ~ Matematik
11.45-12.45 ~ Pendidikan Islam/Moral

20 Mei 09 (Rabu)
7.40-8.40 ~ Matematik 1
8.50-9.20 ~ Ejaan/Rencana
9.30-10.00 ~ Spelling/Dictation

10.40-11.40 ~ Bahasa Arab
11.50-12.50 ~ P Sivik & Kewarganegaaraan /
11.50-12.20 ~ Jawi (Tahap 1)

21 Mei 09 (Khamis)
7.40-8.55 ~ Sains
9.10-10.00 ~ Bahasa Inggeris 1

10.40-11.55~Bahasa Inggeris 2
12.00-1.00~ Kajian Tempatan

22 Mei 09 (Khamis)
7.30-8.30 ~ Kemahiran Hidup
8.45-10.00 ~ PSV (Tahap 1)
9.50-9.20~ Jawi (Tahap 2)

10.30-12.00~ PSV (Tahap 2)

14/05/2009 Posted by | Pengumuman, Peperiksaan | Leave a comment

TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING TMS

Pasukan Bola Baling TMS

Pasukan Bola Baling TMS

29 April 2009 – Sekalung tahniah kepada Pasukan A Bola Baling SK Tengku Mariam yang menjadi Johan dalam Pertandingan Bola Baling MSSC Penggaram di SK Temenggong Ibrahim Penggaram. Selain itu juga, Pasukan B telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.

Update: Pasukan Bola Baling TMS telah mewakili MSSC Penggaram dalam Pertandingan Bola Baling MSSD Batu Pahat di SK Seri Paya pada 6 Mei 2009. Dalam pertandingan tersebut, Pasukan Bola Baling Penggaram telah menjadi Naib Johan.

Update: Pada 22 -23 Mei 2009, seramai 4 orang pemain pasukan Bola Baling TMS iaitu Aida Syakila Bt Ali, Ani Faqihah Bt Amin Nordin, Nabihah Bt Ismail dan Afiqah Bt Azwan telah mewakili daerah Batu Pahat dalam Kejohanan Bola Baling MSSJ di SMK Air Tawar 2, Kota Tinggi. Dalam kejohanan tersebut, Batu Paha telah berjaya keperingkat suku akhir. Adik Aida Syakila Bt Ali telah terpilih untuk mewakili pasukan negeri ke Kejohanan Bola Baling MSSM di Alor Star pada 1 Jun 2009 ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemain

30/04/2009 Posted by | Kejayaan, Sukan | Leave a comment