TMS@2009

Weblog Sekolah Kluster Cemerlang

TAHNIAH FAIRUZ BAHIRAH

Tokoh Nilam Sekolah Rendah Batu Pahat

Tokoh Nilam Sekolah Rendah Batu Pahat

24 Feb 08 – Sekalung tahniah kepada Fairuz Bahirah Bt Kamarudin kerana telah menjadi Johan Anugerah Nilam Sekolah Rendah Bandar Daerah Batu Pahat, sekaligus dianugerahkan Tokoh Nilam Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat. Pertandingan Anugerah Nilam Peringkat Daerah telah diadakan di SMK Tinggi Batu Pahat. Ucapan penghargaan dan tahniah juga kepada Guru Pembimbing, Pn Rohana Hassan yang telah bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan Fairuz Bahirah seterusnya mengekalkan kejuaraan selama 5 Tahun berturut-turut. Pada 10-13 Mac ini, Fairuz akan mewakili daerah untuk pertandingan peringkat negeri yang akan dijalankan Bahagian Teknologi Maklumat Johor di Skudai. Semoga beliau akan memperolehi Tokoh Nilam Negeri Johor pula.

25/02/2009 Posted by | Kejayaan, Umum | Leave a comment

SESI TAKLIMAT IBUBAPA MURID GALUS 2009

Sesi Dialog Bersama Ibubapa
Sesi Dialog Bersama Ibubapa

24 Feb 09 – Sesi taklimat bersama ibubapa calon UPSR galus telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada jam 8.00 – 10.30 pagi.  Dalam sesi ini, ibubapa telah diberitahu tentang pencapaian anak-anak mereka dan diberi pendedahan tentang meningkatkan motivasi dan keyakinan diri anak-anak. Selain itu juga, mereka dimaklumkan tentang aktiviti yang sedang dan akan dilakukan oleh pihak sekolah dalam membantu anak-anak mereka. Selepas sesi taklimat, sesi dialog telah diadakan untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka.Untuk melihat rakaman peristawa yang telah berlaku, sila klik link di bawah ini.

25/02/2009 Posted by | Aktiviti, Umum | Leave a comment

MAJLIS HARI ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2008

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008

23 Feb 09 – Majlis Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008 peringkat sekolah telah disempurnakan oleh Pn Ruhaini Kasbi di Dewan Terbuka pagi ini. Seramai 3 orang guru dan seorang staf pejabat telah menerima APC pada tahun lepas. Mereka ialah En Hairunizat Miswadi, Pn Melanie Selvaraj, Pn Siti Romzah A. Hamid dan Pn Siri Zabedah Sayuti. Tahniah kepada mereka semua, semoga ianya menjadi peransang untuk terus meningkatkan kecemerlangan demi melestari kegemilangan TMS.

23/02/2009 Posted by | Aktiviti, Umum | Leave a comment

JADUAL UJIAN FORMATIF 1

TAHAP 1

24 Februari 09 (Selasa)
8.00-8.50 ~ Bahasa Melayu 1
9.00-10.00 ~ Bahasa Melayu 2
10.40-11.40 ~ Matematik

25 Februari 09 (Rabu)
8.00-9.00 ~ Bahasa Inggeris
10.40-11.40 ~ Sains

26 Februari 09 (Khamis)
8.00-9.00 ~ Bahasa Arab
10.40-11.40 ~ Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral

TAHAP 2

24 Februari 09 (Selasa)
7.40-8.30 ~ Bahasa Melayu 1
8.45-10.00 ~ Bahasa Melayu 2
10.40-11.55 ~ Sains
12.00-1.00 ~ Kemahiran Hidup

25 Februari 09 (Rabu)
7.40-8.20 ~ Matematik 2
8.40-9.40 ~ Matematik 1
10.40-11.40 ~ Kajian Tempatan
11.50-12.50 ~ Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral

26 Februari 09 (Khamis)
7.40-8.30 ~ Bahasa Inggeris 1
8.45-10.00 ~ Bahasa Inggeris 2
10.40-11.40~ Pend. Sivik & Kewarganegaraan
11.50-12.50~ Bahasa Arab

23/02/2009 Posted by | Pengumuman, Peperiksaan | Leave a comment

TAHNIAH CIKGU WAHID

awn21 Feb 2009 – Sekalung tahniah kepada Cikgu Abdul Wahid Bin Natir yang telah menerima Anugerah Khas Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat 2008, Pengacara Majlis Rasmi. Anugerah ini telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Tn Haji Sufa’at Bin Tumin semasa Majlis Kualiti Pejabat Pelajaran Batu Pahat di SMK Datuk Sulaiman.

23/02/2009 Posted by | Kejayaan, Umum | Leave a comment

PELANCARAN KEPRIHATINAN GAZA

Gaza20 Feb 09 – Pelancaran Keprihatinan Gaza telah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn Ruhaini Kasbi. Beberapa aktiviti dijalankan sempena program ini diantaranya kutipan Tabung Gaza dan tayangan video tentang kekejaman rejim zionis terhadap rakyat Palestin. Ramai murid telah menitiskan air mata semasa melihat tayangan video tersebut. Semoga ianya memberi pengajaran kepada murid supaya bersyukur dengan kemerdekaan negara kita dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Untuk melihat rakaman peristawa yang telah berlaku, sila klik link di bawah ini.

20/02/2009 Posted by | Aktiviti, Umum | Leave a comment

OLAHRAGA MSSC PENGGARAM

mssc19 Feb 09 – Kejohanan olahraga MSSC Penggaram telah berlangsung di SMK Datin Onn Jaafar selama 2 hari mulai 18 Feb 2009. Dalam Kejohanan ini, SK Tengku Mariam telah memperolehi 4 emas, 1 perak dan 3 gangsa. Atlet yang menerima Emas ialah Nurul Atiqah (Lompat Jauh P10 & Lompat Tinggi P10), Nurul Nabilah (Lompat Jauh P12) dan Nur Tahrina (Lompat Tinggi P12). Pasukan relay 4 X 200M P10 telah mendapat perak. Manakala pingat gansa diperolehi melalui acara relay 4 X 100M P10, relay 4 X 200 P12 dan Rejam Lembing (Aida Syakila).

19/02/2009 Posted by | Kejayaan, Sukan | Leave a comment

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM USAHAWAN MUDA

16 Feb 2009 – Majlis Pelancaran Program Usahawan Muda telah dilancarkan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Persada Johor. Ini adalah tahun ke-3, Kelab Didik Bistari SK Tengku Mariam menyertai program ini yang memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang dunia keusahawanan.  Guru Penolong Kanan Kokurikulum, 2 orang guru pembimbing dan 3 orang ahli kelab telah menghadiri majlis pelancaran ini. Semoga tahun ini, SK Tengku Mariam dapat mempertahankan Johan Syarikat Terbaik yang telah dimenangi 2 tahun berturut-turut.  Diharapkan melalui program ini akan melahirkan bakal usahawan pada masa hadapan. Amin

16/02/2009 Posted by | Aktiviti, Umum | Leave a comment

TAKLIMAT ZOOM-A MURID TAHUN 6

Cikgu Izat Memberi Penerangan Kepada Murid

Cikgu Izat Memberi Penerangan Kepada Murid

14 Feb 08 – Taklimat ZOOM-A telah diberi kepada murid tahun 6 bertempat di Pusat Akses, SK Tengku Mariam. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang cara-cara menggunakan program ZOOM-A. ZOOM-A merupakan portal pendidikan yang membolehkan murid menjawab soalan secara interaktif. Taklimat ini telah dikendalikan oleh En. Hairunizat Miswadi (Penyelaras ICT) dengan dibantu oleh Ustaz C.W. Syuhairidwan.

14/02/2009 Posted by | Aktiviti | Leave a comment

KEM RUKUN NEGARA

rukun negara

13-14 Feb 09 – Kem Rukun Negara telah di adakan bertempat di Dewan Terbuka SK Tengku Mariam. Kem ini melibatkan 72 orang murid tahap 2 yang terdiri murid pelbagai bangsa. Antara tujuan kem ini diadakan ialah memupuk kesedaran dan jati diri murid melalui penghayatan rukun negara dan meningkatkan perpaduan kaum dalam kalangan murid-murid.

14/02/2009 Posted by | Aktiviti | Leave a comment