SAMBUTAN JUBLI EMAS TMS
28 Oktober 2007 :- Sambutan Jubli Emas SK Tengku Mariam telah berlangsung dengan meriah sekali di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Noh Bin Haji Omar, Timbalan Menteri Pelajaran.
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN JUBLI EMAS SK TENGKU MARIAM, BATU PAHAT
PELANCARAN JUBLI EMAS TMS
9 September 2007 :- Pelancaran Jubli Emas TMS telah disempurnakan oleh Puan Mimi Rahayu Binti Ahmad di Dataran SK Tengku Mariam.
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PELANCARAN JUBLI EMAS SK TENGKU MARIAM, BATU PAHAT
PERKONGSIAN ILMU
4 Jun 2007 :- Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Tengku Mariam telah menganjurkan Majlis Perkongsian Ilmu bersama Yang Berbahagia Ustazah Siti Norbayah dan Uztaz Wan Akashah sempena Sambutan Jubli Emas SK Tengku Mariam. Majlis yang bertemakan Ibu Bapa Penjana Anak Cemerlang telah berlangsung di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat.
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERKONGSIAN ILMU
JOGATON AMAL JUBLI EMAS
19 Mei 2007: – Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Tengku Mariam telah mengadakan Jogaton Amal Sempena Jubli Emas . Acara tersebut telah dirasmikan oleh YB Koh Chee Chai. Sebanyak RM 101 988 telah berjaya dikutip untuk membiayai pembinaan dewan terbuka. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.